Breaking News (Statistik H1N1)

 Update Statistik Influenza A (H1N1) — Malaysia

13 Ogos — Jumlah kematian akibat influenza A H1N1 di Malaysia kini mencecah 51 kes, selepas 7 lagi kematian dilaporkan hari ini.

Demikian menurut Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Beliau berkata tujuh kematian itu membabitkan pesakit berumur antara 4 bulan dan 92 tahun.

12 Ogos, Rabu – Enam lagi kematian akibat Influenza A (H1N1) disahkan semalam, menjadikan jumlah kes kematian kepada 38 di negara ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican berkata, jumlah kes telah meningkat kepada 2,253 dengan 270 kes baru yang kesemuanya jangkitan tempatan.

Menurutnya satu daripada enam kematian itu meninggal dunia pada 4 Ogos, dua pada 6 Ogos dan tiga pada 7 Ogos.

Tan Sri Dr Mohd Ismail berkata 48 orang sedang dirawat di hospital di seluruh negara dan 11 lagi dalam Unit Rawatan Rapi (ICU), empat daripadanya berada dalam kumpulan berisiko tinggi.

Beliau menasihatkan orang ramai mematuhi nasihat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk duduk di rumah sekiranya mereka mengalami simptom serupa selesema dan mengelak pergi ke tempat awam tanpa memakai topeng muka.

 

06 Ogos, Khamis — Satu lagi kematian dicatatkan menjadikan jumlah keseluruhan kematian akibat H1N1 12 Ogos, Rabu di negara ini sebanyak 14 orang.

Kematian ke-14 melibatkan seorang pesara lelaki berumur 57 tahun yang mengidap diabetis dan tekanan darah tinggi, dimasukkan ke unit rawatan rapi Hospital Putrajaya, pada 4 Ogos lalu dengan tanda-tanda demam, batuk dan sesak nafas.

Kes itu disahkan jangkitan H1N1 pada 5 Ogos dan lelaki itu meniggal dunia akibat ‘acute pulmonari oedema secondary to H1N1’.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican berkata usaha yang dilakukakn oleh kementerian Kesihatan ketika ini adalah bagi meredakan keresahan orang ramai berhubung dengan penularan virus H1N1 dan kematian akibatnya.

 

05 Ogos, Rabu — Seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun menjadi korban pertama jangkitan influenza A (H1N1) di Pahang, menjadikan jumlah kematian akibat pandemik itu di Malaysia kepada 13 setakat ini.

Kanak-kanak berkenaan, Mohd Hyafiq Aiman Mohd Saiful Afendi meninggal di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Kuantan, tengah hari Rabu.

Ibu mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai “Tia” berkata anaknya itu yang sebelum ini bersekolah di Tadika Perpaduan Taman Bukit Setongkol, dimasukkan ke hospital berkenaan pada 1 Ogos lepas setelah mengalami demam dan mengadu sakit perut.

Katanya anak tunggalnya itu yang dikuarantin di HTAA sejak 1 Ogos disahkan meninggal dunia 12.40 tengah hari selepas mengalami radang paru-paru.

Jenazah anaknya itu selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Bukit Ubi pada 5.30 petang, bersebelahan pusara ayahnya.

 

30 Jun, Selasa — Empat belas lagi kes jangkitan terbaharu Influenza A H1N1 dilaporkan setakat pukul 8 pagi tadi, menjadikan semua 185 kes terkumpul di seluruh negara.

Demikian umum Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Ismail Merican.

Beliau berkata daripada kes terbaharu itu, 11 kes import, manakala tiga kes jangkitan tempatan.

 

29 Jun, Isnin — Dua puluh lagi kes baharu influenza A H1N1 dilaporkan di Malaysia dengan empat daripadanya penularan tempatan, menjadikan jumlah kes yang melibatkan penyakit itu kini mencecah 144.

Kes baharu yang dilaporkan melibatkan 13 rakyat Malaysia dan tujuh rakyat asing iaitu dua rakyat Indonesia dan masing-masing satu rakyat Vietnam, Jerman, Australia,  Jepun dan Amerika.

Daripada 16 kes import itu, mereka mempunyai sejarah melawat negara yang terjejas dengan wabak influenza A (H1N1) iaitu Australia (6), Indonesia (5), United Kingdom (2), Jepun (1), Singapura (1) dan Thailand (1).

Empat kes jangkitan tempatan melibatkan rakyat tempatan.

Berikutan peningkatan kes import dari Indonesia dan Thailand, Kementerian Kesihatan menetapkan mulai sekarang, semua pelawat yang datang dari kedua-dua negara itu akan diperiksa sebaik tiba di Malaysia seperti yang dilaksanakan terhadap pelawat dari Filipina, Australia, United Kingdom dan Amerika Syarikat.

Kes tempatan terbaru iaitu yang ke-19, melibatkan seorang lelaki berusia 39 tahun dan kontak kepada tiga kes wabak itu (isteri dan dua anaknya).

Beliau mula menunjukkan gejala sakit tekak pada 25 Jun semasa menjalani kuarantin rumah sebelum dimasukkan ke wad di Hospital Pulau Pinang tiga hari lepas dan disahkan positif pada hari yang sama serta berada dalam keadaan stabil setelah diberi rawatan antiviral.

Seorang pelajar lelaki berusia 15 tahun Sekolah Tinggi Chung Hwa, Seremban menjadi kes tempatan ke-20 dan beliau merupakan adik pelajar Malaysia yang baru pulang dari Melbourne, yang juga telah dijangkiti wabak influenza A (H1N1).

Beliau dimasukkan ke Hospital Tuanku Jaafar, Seremban Sabtu lepas sementara 46 rakan sekelas serta 12 guru dari sekolahnya dikenakan kuarantin di rumah sehingga 3 Julai.

Kes tempatan ke-21 membabitkan seorang guru wanita berusia 36 tahun yang mengajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Abdul Rahim 2, Kudat dan beliau telah dimasukkan ke Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu Jumaat lepas dan disahkan positif semalam.
   
Seorang pelajar lelaki berusia 16 tahun dari Sekolah Tsun Jin Height, Jalan Loke Yew, Cheras di sini menjadi mangsa tempatan ke-22 dijangkiti wabak itu selepas dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh Sabtu lepas dan disahkan positif
semalam.

Menurut kenyataan itu, pengesanan kontak sedang dijalankan dan rakan sekelas pelajar terbabit diminta supaya menjalani kuarantin di rumah masing-masing.

Jumlah pesakit influenza A (H1N1) yang masih dirawat di hospital berjumlah 42 orang dan kesemuanya telah menunjukkan respons yang baik kepada rawatan tanpa komplikasi manakala jumlah pesakit yang sembuh sepenuhnya serta dibenar keluar dari hospital setakat ini adalah 102 orang.

Jumlah kontak yang sedang menjalani kuarantin di rumah berjumlah 618 orang, jumlah terkumpul kes yang disiasat kerana disyaki dijangkiti influenza A (H1N1) setakat ini ialah sebanyak 2,343 kes iaitu 144 kes disahkan positif manakala 28 kes masih menunggu keputusan.

Sementara itu, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pula memaklumkan bahawa sehingga pukul 8 pagi ini, jumlah terkumpul kes influenza A (H1N1) adalah 61,688 kes dengan 265 kematian daripada 112 negara, iaitu menyaksikan peningkatan sebanyak 497 kes.

Bagaimanapun, menurut kenyataan itu, tiada pertambahan jumlah kematian.

Australia muncul sebagai negara yang melaporkan pertambahan kes paling tinggi dengan 180 kes, Singapura (145), China (51), Hong Kong (66), Korea (21), New Zealand (16), Malaysia (12) dan Brunei (4).
 

–BERNAMA

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: