Demonstrasi Mansuhkan ISA

Demonstrasi jalanan yang diadakan pada 1 Ogos 2009 bersamaan 10 Syaaban 1430 Hijrah adalah bertentangan dengan Islam dan Prinsip Doktrin kepentingan Negara (National Interest).

Allah s.w.t melarang persengketaan dan berperang (dalam apa jua bentuk sekalipun) lebih-lebih  lagi di bulan Syaaban yang seharusnya disambut dengan azam dan komitmen untuk meningkatkan keimanan kepada Allah dengan memperbanyakkan amalan dan kebajikan…

Penganjur demonstrasi hapus ISA pada 1 Ogos lalu itu sabotaj terhadap negara dan ia adalah perlakuan biadap dan jenayah yang tidak boleh dimaafkan.

Mereka telah merampas hak rakyat golongan majotriti yang tidak mahu terlibat. Hak asasi kaum majoriti rakyat Malaysia yang cintaka damai, keamanan dan keharmonian telah dicabul dan dinodai.

Bagi Barisan Bertindak Rakyat Malaysia (BBRM) yang mewakili 42 NGO prihatin, keadaan yang telah berlaku itu membuktikan kerajaan, rakyat dan negara perlu mempertahankan ISA sebagai undang-undang pencegahan awal dan kawalan berkesan untuk menjaga keamanan, ketenteraman awam dan keselamatan negara.

BBRM dengan tegas mendesak supaya ISA dikekalkan. Kerajaan dan ahli-ahli parlimen diminta jagan tunduk kepada tekanan  mana-mana pihak yang berkempetingan yang mahu ISA tersebut dihapuskan.

— Barisan Bertindak Rakyat Malaysia (BBRM)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: