Pertemuan

Demonstrasi Mansuhkan ISA
Demonstrasi jalanan yang diadakan pada 1 Ogos 2009 bersamaan 10 Syaaban 1430 Hijrah adalah bertentangan dengan Islam dan Prinsip Doktrin kepentingan Negara (National Interest).

Allah s.w.t melarang persengketaan dan berperang (dalam apa jua bentuk sekalipun) lebih-lebih  lagi di bulan Syaaban yang seharusnya disambut dengan azam dan komitmen untuk meningkatkan keimanan kepada Allah dengan memperbanyakkan amalan dan kebajikan…

Penganjur demonstrasi hapus ISA pada 1 Ogos lalu itu sabotaj terhadap negara dan ia adalah perlakuan biadap dan jenayah yang tidak boleh dimaafkan.

Mereka telah merampas hak rakyat golongan majotriti yang tidak mahu terlibat. Hak asasi kaum majoriti rakyat Malaysia yang cintaka damai, keamanan dan keharmonian telah dicabul dan dinodai.

Bagi Barisan Bertindak Rakyat Malaysia (BBRM) yang mewakili 42 NGO prihatin, keadaan yang telah berlaku itu membuktikan kerajaan, rakyat dan negara perlu mempertahankan ISA sebagai undang-undang pencegahan awal dan kawalan berkesan untuk menjaga keamanan, ketenteraman awam dan keselamatan negara.

BBRM dengan tegas mendesak supaya ISA dikekalkan. Kerajaan dan ahli-ahli parlimen diminta jagan tunduk kepada tekanan  mana-mana pihak yang berkempetingan yang mahu ISA tersebut dihapuskan.

– Barisan Bertindak Rakyat Malaysia (BBRM)

Bukit Fraser
Bukit Fraser bukanlah nama kecil dalam industri pelancongan negara.

Terletak di Banjaran Titiwangsa, Pahang, ia merupakan kawasan pelancongan tanah tinggi yang menarik kerana suhunya antara 17 dan 24 darjah Celcius.

Puncak tertinggi Bukit Fraser ialah 1,280 meter dari aras laut. Terletak kira-kira 105 kilometer dari Kuala Lumpur, terdapat banyak bangunan dan banglo dibina mengikut gaya dan cita rasa kolonial British.

Pekannya agak kecil, dikenali sebagai ‘Little England’ dan kebanyakan aktiviti di sini tertumpu di sebuah dataran yang mempunyai sebuah menara jam yang cantik.

Pusat peranginan ini dianggap sebagai tempat terunggul untuk aktiviti memerhati burung dan menjadi tuan rumah acara tahunan Pertandingan Memerhati Burung Antarabangsa Bukit Fraser.

Suasana di Bukit Fraser menyerupai suasana perkampungan di pedalaman negara Scotland yang dipenuhi dengan bangunan granit kelabu dengan gaya Tudor.

Bagi mereka yang pernah berkunjung, pastinya keindahan flora dan faunanya cukup memikat. Udaranya yang segar cukup menenangkan bagi mereka yang mahu “menyatukan” diri dengan alam semula jadi yang luas menghijau.

Menyedari bahawa ‘Little England’ ini perlu diberikan suntikan baru, kerajaan memperuntuk sebanyak RM30 juta bagi membangunkan kembali Bukit Fraser menerusi Pakej Rangsangan Ekonomi.

Pengarah Tourism Malaysia Pahang, Amran Ariffin berkata jumlah itu ialah bagi projek pembangunan fasa pertama iaitu memperbaik semula bangunan-bangunan lama di sini.

Katanya, Kementerian Pelancongan serius dalam usahanya memulihkan kembali Bukit Fraser sebagai sebuah destinasi pelancongan terbaik di negara ini.

Usaha pemulihan itu akan dilakukan secara berperingkat supaya ia dapat menarik semula kedatangan pelancong ke sini seperti zaman kemuncaknya sebelum ini.

Selain itu, Amran berkata menerusi sokongan Perbadanan Kemajuan Bukit Fraser (PKBF) dan Majlis Daerah Raub, acara yang dijadualkan tahun ini juga akan dilaksanakan secara besar-besaran tahun depan.

Sasaran kami ialah seramai 35,000 pengunjung dalam tempoh sebulan,dan kami juga mengharapkan jumlah itu lebih tinggi ketika musim percutian sekolah atau hujung tahun.

Beliau juga berkata Tourism Malaysia Pahang dengan kerjasama Kerajaan Pahang, Majlis Daerah Raub, Universiti Malaysia Pahang (UMP), Hotel Shahzan Inn, The Pines Resort serta Persatuan Pencinta Alam Malaysia juga mengadakan karnival berkonsepkan keluarga di sini.

Karnival itu akan menyediakan lapan program utama bermula Jun dan berakhir pada hujung tahun ini sebagai tarikan mengajak pengunjung ke pusat peranginan ini.

Program itu ialah pertandingan fotografi alam semula jadi, pertandingan mengenal burung antarabangsa Bukit Fraser, kejohanan memanah, kejohanan golf, pencarian harta karun, kejohanan paintball, berbasikal mini merentas pekan Bukit Fraser dan kejohanan woodball.

Kami juga akan menjadikannya sebagai acara tahunan, dan sebagai permulaan, program berkenaan diadakan secara berperingkat supaya ia sentiasa dapat menarik pengunjung ke sini.

Berkenaan pertandingan fotografi alam semula jadi itu, Amran berkata ia merupakan acara permulaan bagi karnival berkonsepkan keluarga itu yang dirangka oleh Tourism Malaysia Pahang bagi memupuk pemahaman pengunjung mengenai kepentingan pemuliharaan alam semula jadi.

Terdapat dua laluan ke Bukit Fraser iaitu dari Kuala Lumpur menuju ke Rawang, Kuala Kubu Baharu, Ampang Pechah dan Gap sebelum mendaki ke Pekan Bukit Fraser.

Laluan kedua ialah dari Kuala Lumpur ke Bentong, Raub, Tras dan Gap, seterusnya mendaki dari Gap ke Pekan Bukit Fraser.

– BERNAMA

Perbezaan budaya
Melarikan wanita yang disukai merupakan budaya masyarakat Lombok, Indonesia sejak 20 tahun dahulu. Walaupun tiada persetujuan daripada ibu bapa pihak perempuan, namun bagi mereka perbuatan tersebut tidak salah sekiranya mereka saling menyukai. Tujuannya adalah untuk berkahwin dan bukannya untuk memperlakukan sesuatu yang tidak baik.

Walau bagaimanapun, perkara ini jauh bertentangan dengan budaya masyarakat Malaysia yang amat menghormati adat dan agama masing-masing. Masyarakat Malaysia umumnya China, India dan khasnya Melayu yang beragama Islam mereka mempunyai pegangan yang berbeza. Walaupun tujuan perbuatan tersebut baik, tetapi sekiranya melanggar adat dan agama, perbuatan tersebut tetap dianggap sebagai satu kesalahan. Selain adat lain yang perlu diikuti, persetujuan atau restu daripada ibu bapa juga merupakan perkara penting dalam melaksanakan sesuatu perkara atau keputusan termasuklah hal perkahwinan anak mereka.

Sebagai contoh, kes yang mengemparkan negara Che Siti Nor Azreen Che Ishak, 13, gadis yang hilang selama empat bulan telah berjaya ditemui oleh beberapa petugas organisasi Migrant CARE pada 2 April, dan di bawa pulang oleh bapanya pada 18 April lalu. Gadis ini dilaporkan bernikah dengan seorang warganegara Indonesia, Tony Wijaya, 27, selepas dilarikan ke Pulau Lombok, Nusa Tenggara Barat, Disember lalu. Badan sukarela Migrant CARE juga telah mendedahkan bahawa terdapat 47 remaja dan wanita Malaysia yang masih berada di Pulau Lombok tersebut. Perkara ini sebenarnya bukan sahaja melanggar adat dan agama masyarakat Malaysia terutama orang Islam tetapi boleh juga dikategorikan sebagai kes penculikan yang boleh dikenakan tindakan undang-undang.

Dalam masa peningkatan usia seorang kanak-kanak ke zaman remaja, mereka terdorong untuk melakukan sesuatu yang baru. Dengan kata lain mereka mudah terpengaruh dengan perkara yang berlaku di sekeliling mereka. Kadang-kadang mereka tidak sedar perbuatan yang mereka lakukan adalah salah ataupun tidak, yang penting mereka berasa senang dan seronok. Namun demikian, terdapat juga di antara mereka yang tahu perbuatan tersebut salah, tetapi mereka tetap melakukanya. Mereka juga sering kali memberontak sekiranya apa yang mereka mahukan tidak dipenuhi.

Dalam hal ini semua pihak perlu memandang serius sama ada ibu bapa, pihak berkuasa,  masyarakat dan individu itu sendiri. Banyak kes yang telah dilaporkan mengenai kehilangan, penculikan, lari dari umah, rogol dan pembunuhan terutama dikalangan kanak-kanak perempuan dan juga remaja. Sebagai ibu bapa atau penjaga yang lebih rapat dan banyak meluangkan masa bersama anak-anak, mereka lebih dipertanggungjawabkan terhadap keselamatan anak mereka. Bukan bertujuan untuk menunding jari terhadap ibu bapa sebagai penyebab masalah seperti ini berlaku kerana tidak dapat menjaga anak mereka dengan baik, tetapi realitinya aktiviti atau kegiatan anak-anak masih lagi dibawah pengawasan ibu bapa mereka.

Rasanya tidak perlu diulas secara mendalam mengenai peranan ibu bapa terhadap keselamatan anak mereka. Perkara ini telah banyak dibincangkan bukan sahaja dalam artikel-artikel malah media massa seperti program-program televisyen, radio, internet, surat khabar dan buku-buku motivasi juga sudah banyak memberi pendedahan mengenai perkara ini. Namun demikian, amat menyedihkan apabila masalah atau jenayah yang melibatkan kanak-kanak di bawah umur dan juga remaja masih kerap berlaku.

Kita percaya negara ini mempunyai undang-undang dan pelbagai usaha telah dilakukan oleh pihak berkuasa dalam menjaga keselamatan rakyat termasuklah membuat sekatan disetiap pintu masuk negara, melakukan pemeriksaan terhadap warga asing dan bermacam-macam lagi. Walaupun usaha ini dijalankan tetapi masih lagi terdapat masalah yang berlaku. Dalam hal ini, masyarakat tidak boleh meletakkan sepenuhnya tanggungjawab menjaga keselamatan rakyat di bahu pihak berkuasa sahaja. Individu itu sendiri juga perlu bertanggungjawab ke atas diri mereka masing-masing. Sekiranya diri sendiri tidak dapat menjaga dan mengawal perbuatan atau kehendak yang mereka sendiri tahu perbuatan tersebut adalah salah, apatah lagi pihak berkuasa yang hanya sekadar mampu untuk menjalankan tugas dan menjatuhkan hukuman terhadap penjenayah sahaja.

Bagi masyarakat di Pulau Lombok pula, sukar untuk menyalahkan mereka sepenuhnya kerana perbuatan yang mereka lakukan seperti kes ini tidak bertentangan dengan budaya dan adat masyarakat mereka. Tetapi seharusnya bagi mereka untuk mengetahui dan menghormati budaya atau agama masyarakat lain. Semua pihak pasti baran dan tidak setuju dengan sesuatu tindakan atau perbuatan yang bertentangan dengan adat dan agama masing-masing.

–INDAH

Modal Insan Berkualiti Pemacu Kecemerlangan Negara
“Cemerlang, Gemilang, Terbilang”, inilah slogan yang sentiasa dilafazkan oleh Yang Berhormat Perdana Menteri kita Dato’ Sri Abdullah Ahmad Badawi dalam ucapan beliau. Kecemerlangan dan kegemilangan negara perlu bermodalkan insan berkualiti. Tidak susah untuk mentafsirkan apa itu insan berkualiti sekiranya anda memahami apa erti kehidupan sebenar. Kehidupan bagaikan satu landasan yang perlu kita harungi untuk mencapai satu matlamat atau kejayaan. Berapa lama dan berapa jauh sudah ditentukan, hanya pengisiannya perlu difikirkan agar menjadi kebanggaan semua pihak.

Setiap insan mengimpikan kejayaan dan kecemerlangan dalam semua aspek sama ada untuk diri sendiri, keluarga, bangsa dan negara. Namun, adakah impian ini akan tercapai atau sekadar impian semata-mata yang akhirnya akan terkubur? Jawapannya ada pada diri kita sendiri. Bukan mudah untuk mencapai impian sekiranya tiada persediaan dari awal dan matlamat sebenar.

Sebuah syarikat yang dapat menghasilkan produk berkualiti dianggap syarikat yang berjaya, ini kerana syarikat tersebut dapat memuaskan hati pelanggannya. Begitu juga Negara, Negara yang mempunyai rakyat yang berkualiti dianggap Negara yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Jika sesuatu produk yang berkualiti mempunyai ciri-ciri yang tertentu, bagaimana pula ciri-ciri insan yang berkualiti yang dikatakan pemacu kecemerlangan Negara?

Insan berkualiti dapat dilihat dari segi dalaman dan juga luaran iaitu berkualiti dari aspek rohani dan jasmani. Kedua-duanya perlu seimbang barulah hasilnya sempurna. Insan yang berkualiti dari aspek rohani bermaksud berkualiti sifat rohaninya iaitu mempunyai hati yang mulia dan ikhlas. Sifat inilah yang paling utama yang perlu ada dalam diri setiap insan untuk mencapai kejayaan. Mempunyai jati diri yang tinggi dan berdaya saing juga amat penting untuk menjadi insan yang berkualiti. Insan berkualiti dari aspek jasmani pula ialah berkualiti tubuh badannya atau dengan kata mudah, sihat tubuh badan. Insan yang mempunyai tubuh badan yang sihat dapat berfikir dengan sempurna dan bersemangat dalam melakukan apa sahaja pekerjaan. Semangat inilah yang penting untuk mencapai kecemerlangan.

Insan berkualiti juga bermaksud berkualiti dari segi pemikirannya. Cara pemikiran yang matang dan bernas menghasilkan strategik kearah kecemerlangan. Pemikiran yang positif membantu meningkatkan keyakinan diri untuk mencapai impian. Selain itu, ilmu pengetahuan adalah aset utama dalam kehidupan. Oleh itu insan berkualiti tidak boleh tidak, mesti mempunyai ilmu pengetahuan yang tinggi. Gabungan kesemua aspek melahirkan insan berkualiti yang mempunyai semangat, impian dan matlamat ke arah kecemerlangan bukan sahaja untuk diri sendiri malah keluarga, bangsa dan negara.

Pembentukkan modal insan berkualiti ke atas pembinaan satu tenaga manusia yang lebih berkemahiran, berintegriti, amanah serta menekankan amalan nilai-nilai yang murni amat diperlukan. Modal insan berkualiti sebenarnya perlu menjadi satu faktor yang penting dalam pembangunan sesebuah negara. Malah jika kita lihat kepada negara-negara maju yang lain, jelas menunjukkan pembangunan modal insan dijadikan sebagai aset utama. Tenaga muda dijadikan aset yang penting dalam pembangunan modal insan berkualiti kerana golongan ini mempunyai potensi yang amat bernilai untuk dibangunkan. Golongan ini perlu dijadikan benteng harapan untuk maju ke hadapan dan sebagai sumber penting bagi membentuk zaman dan kemajuan sebuah negara.

Negara yang cemerlang memiliki pemimpin dan rakyat yang berpotensi tinggi. Tidak kira dari  pelbagai aspek. Kecemerlangan negara boleh dilihat dengan kejayaan rakyatnya yang mampu membawa negara ke mata dunia. Kejayaan itu merangkumi plbagai bidang sama ada pendidikan, perniagaan, pembangunan, teknologi dan sukan. Selain rakyatnya, pemimpin juga merupakan aset utama kecemerlangan negara. Peranan pemimpin amat penting dalam memajukan sebuah negara. Oleh itu negara yang cemerlang mempunyai pemimpin yang berkualiti. Seorang pemimpin yang berpotensi tinggi dan berkualiti dapat membawa pengikutnya ke arah kecemerlangan negara.

Negara yang memiliki modal insan yang berkualiti, akan mencapai tahap pembangunan yang tinggi setaraf dengan antarabangsa. Kita mempunyai kekuatan terutama dalam pendidikan yang cukup berkeupayaan untuk membina diri menjadi modal insan yang bukan sahaja berilmu tetapi mempunyai kualiti jati diri yang tinggi bersandarkan nilai-nlai budaya serta pegangan nilai murni yang diwarisi.

Aspek pertama iaitu pembangunan modal insan dari sudut sifat-sifat terpuji, akhlak dan ilmu. Dalam pembangunan modal insan, sifat-sifat terpuji seperti amanah, jujur, kepercayaan, kebolehan dan tanggungjawab dijadikan teras dan pendekatan bagi setiap individu yang terlibat. Modal insan berkualiti mampu mencorak hala tuju negara ke arah wawasan yang disasarkan. Ini kerana kualiti yang dimaksudkan ialah keseimbangan pembangunan sumber manusia dari segi duniawi dan ukhrawi. Pendidikan, penyebaran dan penyemaian ilmu serta pembentukan cara berfikir insan berteraskan akhlak dan nilai adab yang berasaskan keagamaan yang tinggi wajar dikembangkan bagi melahirkan modal insan berkualiti. Dalam proses pengisian ini, ilmu berkaitan ICT juga, yang pada masa kini menjadi satu kepentingan dan dijadikan teras dalam semua bentuk pembangunan modal insan. Sehubungan dengan itu, semua setiap individu perlu mengambil kesempatan dan peluang untuk menambahkan ilmu pengetahuan yang seimbang di samping menghayati sifat-sifat terpuji dan mengamalkannya dengan ikhlas.

Dalam usaha mencapai negara maju, pembentukan negara bangsa adalah menjadi satu tugas yang mencabar. Usaha membangunkan modal insan berkualiti perlu dilakukan secara meluas melalui penguasaan ilmu pengetahuan. Menjana modal insan berkualiti yang benar-benar sesuai dengan kehendak dan cabaran zaman sekarang dan akan datang, merupakan suatu amanah yang menjadikan tugas kepada semua orang. Melahirkan insan yang berkeperibadian mulia dengan memiliki kualiti yang tinggi dan menyeluruh perlu dilaksanakankan secara berterusan. Cabaran global yang mengelilingi dunia pendidikan hari ini juga semakin begitu menguji kemahiran yang dimiliki. Ia bukan sahaja menguji kemampuan dan ketahanan mental, fizikal, emosi dan rohani, malah ia menagih pengorbanan yang tidak terbatas dari segi pemikiran, tenaga, masa dan kewangan.

Pada masa sekarang kita melalui cabaran globalisasi, rakyat terutama generasi muda perlu bijak menggunakan nilai tradisional dan kontemporari dalam usaha memajukan negara dan memartabatkan bangsa. Hanya dengan gabungan itu dapat memastikan generasi masa depan bukan sahaja berbangga dengan kemajuan dan pembangunan malah kekuatan jati diri yang tinggi tidak yang tidak pernah terhakis.

Modal insan berkualiti dibentuk menerusi sistem pendidikan yang mantap dan berkesan. Ia harus diluaskan  merangkumi pelbagai peringkat dan usia. Peringkat profesional dan pengurusan memerlukan pendidikan yang baik dan berkualiti di institusi pengajian tinggi (IPT). Golongan yang tidak professional dan pekerja am perlu diberi pendekatan melalui kemahiran, sikap dan kesungguhan. Sesebuah negara yang maju sebenarnya bukan hanya dirangkumi oleh golongan profesional yang berpotensi tinggi dan mempunyai sikap proaktif, malah dibantu juga oleh pekerja yang tidak profesional dan pekerja am yang berkualiti dan berjiwa besar.

Mereka bangga melakukan apa saja untuk kemajuan diri sendiri, keluarga, bangsa dan negara. Jika mereka berkhidmat sebagai petani, mereka berusaha untuk menjadi petani yang berdaya maju dengan menggunakan pelbagai pengetahuan dan teknologi moden untuk mempertingkatkan produktiviti. Jika mereka berkerja sebagai guru, mereka berfungsi sebaiknya menjadi peneroka dan pengajar ilmu yang terbaik dan cemerlang. Kualiti rakyat yang tinggi ini hanya terjadi menerusi amalan dan etika kerja yang baik, ilmu yang tinggi serta pendekatan nilai-nilai murni dalam diri masing-masing.

Usaha menyelami perasaan, menghayati, simpati, bertimbang rasa dan bertolak ansur pula merupakan kualiti peribadi pelengkap kepada seorang  insan yang cemerlang. Syarat sebagai seorang insan yang cemerlang adalah memiliki kekuatan keperibadian, kekuatan peranan dan kekuatan pengetahuan.Golongan pelajar dijadikan sebagai modal insan berkualiti dalam memajukan pembangunan negara. Pelajar yang cemerlang dan berupaya menguasai ilmu pengetahuan yang dipelajari serta mempunyai nilai-nilai yang murni mampu membawa negara kearah kecemerlangan.

Kewujudan sesebuah organisasi akan terus dirasai dengan adanya daya saing yang ditunjukkan pada setiap masa. Persaingan yang dihasilkan itu adalah disebabkan sumber-sumber utamanya iaitu fizikal, kewangan dan manusia diurus dan dibangunkan dengan cara yang cekap, berkesan dan berkualiti. Sumber manusia merupakan sumber yang sukar diurus dan ditetapkan piawainya tidak seperti sumber fizikal dan kewangan. Oleh itu, modal insan berkualiti tidak boleh dinilai dengan kebendaan memandangkan potensi dan keupayaannya tidak dapat dijangkau melalui pandangan luaran sahaja. Ini menjadikan ia sebagai aset yang sangat unik dan diberi penumpuan khusus.

Modal insan berkualiti tidak hanya memiliki ketinggian ilmu dan personaliti yang moden semata-mata tanpa mempunyai pegangan nilai murni yang kuat. Dengan pegangan nilai murni yang kuat seperti keiklasan, kejujuran, keadilan, amanah, bertangungjawab, dan yang paling penting berilmu kita yakin ia sekaligus akan terus membantu memajukan negara agar terus cermerlang gemilang dan terbilang.

–INDAH

Kenali Dunia Memancing
Memancing merupakan salah satu hobi atau aktiviti rekreasi yang dilakukan pada masa lapang. Aktiviti ini menjadi pilihan utama bagi sesetengah masyarakat tidak kira dari golongan kanak-kanak, remaja mahupun dewasa. Kebiasaannya hobi memancing ini bermula dari awal persekolahan lagi, dan sentiasa berterusan sehingga mereka meningkat dewasa malah berumahtangga.Terdapat sesetengah masyarakat menganggap memancing merupakan aktiviti yang hanya  membuang masa. Ada juga yang berpendapat sekadar mengisi masa lapang, keseronokkan serta untuk mendapatkan pulangan semata-mata. Masing-masing mempunyai perspektif tersendiri mengenai hobi memancing ini mengikut apa yang mereka rasa dan lalui.

Bagi Abd Rahim Khairi, 33, memancing merupakan aktiviti masa lapangnya sejak berumur tujuh tahun lagi. Minatnya terhadap memancing sejak kecil telah memberi banyak pengalaman. Bermula dengan duduk di tepi parit belakang rumah dan hanya mengunakan batang kayu atau buluh, tali tangsi serta berumpankan cacing tanah, serangga dan roti sudah cukup baginya untuk melepaskan hasrat memancing bersama rakan-rakan.

Pada usia yang masih muda serta kurang berpengetahuan mengenai cara atau teknik memancing yang terbaik, beliau tidak pernah berputus asa walaupun terpaksa menunggu sehari semalam untuk mendapatkan hasil yang memuaskan. Baginya hasil yang diperolehi akan memberi kepuasan yang tidak ternilai walaupun seekor ikan sahaja yang dapat ditangkap dalam masa satu hari.

Apabila beliau meningkat remaja, minat terhadap memancing tetap berterusan. Ketika itu juga beliau sudah mempunyai modal untuk membeli peralatan memancing seperti joran, umpan yang segar serta alat pancing sampingan seperti khemah, lampu dan sebagainya. Dalam usia yang meningkat matang, beliau banyak mempelajari daripada pengalaman-pengalaman lepas mengenai dunia memancing. Daripada pengalaman itu juga beliau telah menghasilkan cara dan teknik tersendiri mengenai pemancingan yang terbaik.

“Pengalaman yang telah banyak mengajar saya. Bermula memancing di tepi parit dan sekarang saya hanya tertumpu di kawasan yang lebih mencabar sahaja seperti lombong, tasik dan pantai. Untuk menjadi pemancing yang baik bukanlah sesuatu yang mustahil. Apa yang penting kita berminat untuk melakukannya serta kesungguhan dalam diri akan dapat mendorong kita sampai ke tahap yang lebih tinggi,” jelas Abd Rahim.

“Memancing adalah hobi yang santai. Ia membawa kita kembali kepada alam kedamaian jiwa dan minda. Justeru, hobi ini perlu dipraktikkan dengan penuh etika untuk mencapai keselesaan dan kedamaian serta memperolehi tumpuan. Terdapat beberapa panduan untuk memastikan kita dalam keadaan selesa, selamat dan memperolehi tangkapan terbaik bagi setiap kali memancing. Yang penting, kita benar-benar seronok memancing,” sambung beliau lagi.

Menurut Abd Rahim, daripada pengalaman yang dilalui, beliau serta rakan-rakannya membuat beberapa panduan atau etika yang sentiasa dipraktikan dalam diri mereka. Dengan cara ini juga beliau dapat melakukan aktiviti memancing dengan cara yang baik.

“Panduan ini amat penting bagi pemancing-pemancing terutama keselamatan mereka. Pertamanya untuk mendapatkan keselesaan ketika memancing, kita perlu sentiasa memastikan perut tidak kosong, ini kerana memancing dalam keadaan lapar boleh menyebabkan hilang tumpuan dan tidak berminat untuk memancing dalam masa yang lama. Pengambilan jus buah-buahan amat penting untuk tenaga dan kesegaran badan,” katanya.

Beliau juga tidak berkira soal membeli makanan bertenaga dan berkhasiat terutama untuk dibawa ke lokasi pancing.

“Tenaga diperlukan untuk melakukan pancingan dasar, pancingan berumpan atau pancingan layang. Malah memancing adalah aktiviti fizikal yang memerlukan banyak tenaga. Jika anda mula terasa lapar, letih atau lesu, ini mula mengundang fikiran anda untuk pulang ke rumah.

”Penggunaan topi juga amat penting, katanya. Sekalipun anda mungkin lasak dan mampu melalui panas terik tetapi topi mungkin diperlukan jika hujan atau sebelah malam.

“Kepanasan sebenarnya turut melemahkan badan. Jadi dengan bertopi atau memancing di tempat yang terlindung, ini akan menjimatkan tenaga.” Jelas Abd Rahim lagi.

Pemancing-pemancing juga dinasihatkan supaya sentiasa berhati-hati ketika berada di tebing sungai, tali air, atau laut terutama ketika musim hujan.

“Pada musim hujan, tebing ketika itu licin dan anda mungkin tergelincir. Sekiranya anda jatuh tergelincir, boleh menyebabkan pelbagai bentuk bahaya dan kecederaan. Malah tahap paling serius anda mungkin lemas dalam air,” sambung beliau lagi.

Selain daripada keselamatan yang perlu dijaga, pemilihan joran untuk memancing juga amat penting. Terdapat beberapa jenis joran yang digunakan sesuai dengan lokasi pilihan anda. Joran atau Fishing Rod atau Fishing Pole adalah alat untuk memancing berbentuk seperti tongkat. Biasanya digunakan untuk kegiatan sportfishing atau memancing untuk olahraga.

Sejarah joran bermula pada zaman Mesir, China, Rom dan Yunani kuno. Terdapat pertemuan dari transkip kuno mengenai penggunaan joran untuk memancing. Pada awalnya, joran diperbuat daripada bahan sejenis kayu atau buluh, tidak begitu lentur, berat dan mudah patah. Dengan adanya teknologi canggih pada zaman sekarang, kini joran diperbuat daripada bahan-bahan seperti fiberglass, grafit, grafit komposit dan karbon.

(Joran, 1990)  Terdapat beberapa jenis joran iaitu Surf Casting Rod, joran ini digunakan untuk memancing di tepi pantai. Panjang joran ini boleh mencapai sehingga lima meter, mempunyai reel yang kuat dan grip yang besar untuk dipegang mengunakan kedua belah tangan ketika melempar umpan. Biasanya lemparan umpan yang mengunakan joran ini boleh mencapai ratusan meter.

Ice Fishing Rod, joran yang biasa digunakan untuk memancing di danau, kolam, atau sungai yang beku dengan cara membuat lubang di ais. Fly Fishing Rod, joran ini pula digunakan untuk melempar umpan yang ringan dalam jarak yang jauh.

Trolling Rod, joran khusus untuk memancing dengan cara trolling, iaitu memancing dengan mengheret umpan atau memancing ketika kapal sedang bergerak dalam kecepatan tertentu. Bagi sesiapa yang berminat memancing di lokasi-lokasi berisiko tinggi joran yang sesuai digunakan ialah Baitcasting Rod. Joran ini mempunyai pemegang untuk jari telunjuk yang dikenali sebagai Trigger Grip atau Pistol Grip.

Selain itu, Spinning Rod digunakan untuk melempar umpan dengan jarak jauh. Joran ini selalu digunakan oleh pemancing kerana kemudahan yang banyak dan harga yang berpatutan. Popping Rod adalah joran untuk memancing dengan kaedah Popping, iaitu melempar umpan buatan dari kayu atau plastik yang disebut Popper.

Jigging Rod pula joran yang digunakan untuk memancing mengunakan umpan yang dilempar kemudiannya ditarik-tarik, atau dibiarkan umpan tersebut ke dalam air kemudian ditarik-tarik dengan cara yang tertentu. (500 Fishing Tips, Peter Horrobin)

Dalam aktiviti memancing, selain peralatan memancing yang lengkap, kaedah penyediaan dan penggunaan umpan serta memastikan lokasi juga amat penting untuk mendapatkan hasil tangkapan yang memuaskan. Penyediaan serta penggunaan umpan pula boleh dikategorikan kepada beberapa faktor termasuklah keadaan lokasi serta air.

Menurut Abd Rahim, kebanyakan umpan yang digunakan oleh pemancing lebih kepada penggunaan umpan segar dan hidup. Kebiasaannya sebelum melakukan aktiviti memancing, usaha mencari umpan hidup akan dilakukan, sama ada beli di kedai atau cari sendiri.

“Umpan yang digunakan perlu sesuai dengan lokasi memancing. Contohnya di kawasan laut dalam, kebiasaannya di kawasan ini terdapat ikan Tenggeri, Jemudu, Pari, Alu-alu, dan Merah. Umpan yang sesuai untuk memancing di kawasan ini ialah umpan ikan segar seperti ikan kembung, selar, tamban, tongkol dan sotong hidup.” katanya.

Tambah beliau lagi, aktiviti memancing di kawasan sungai, lombong dan tali air pula tidak memerlukan persiapan yang boleh dianggap terlalu berat, atau lebih tepat lagi ia dilakukan dalam jangka masa yang singkat seperti waktu memancing dan kawasan memancing yang berhampiran. Umpannya pula banyak terdapat di kedai-kedai dengan harga yang murah berbanding umpan air masin dan umpan air tawar. Antara ikan yang boleh diperolehi di kawasan ini ialah ikan Haruan, Patin, Jelawat, Talapia, Rohu, Lampam, Toman, Bujuk dan sebagainya. Umpan yang sesuai digunakan ialah, katak, cacing, anak udang, pisang, roti, anak ikan dan hati ayam.

Mengikut pengalaman yang dilalui oleh seorang lagi kaki pancing, Azman Ali, 28, aktiviti memancing di kawasan air masin terutama muara laut melibatkan pasang surut air. Tahap kemasinan air laut memainkan peranan bagi pemancing yang peka tentang keadaan dan masa yang sesuai untuk melakukan aktiviti memancing.

“Kebiasaannya ikan yang boleh diperolehi di kawasan air masin ialah ikan Siakap, Jenahak, Kaci, Tebal Pipi, Sembilang, Tetanda dan lain-lain. Umpannya pula ada yang boleh dibeli dan cari sendiri terutama apabila air surut dengan menggunakan jala dan sebagainya. Umpan yang sesuai digunakan ketika memancing di kawasan air masin ialah udang hidup, perumpun, tamban, wat-wat bakau, hirisan ikan, dan gewang,” katanya.

“Bagi pemancing yang gemar memancing di kawasan hulu-hulu sungai atau air tawar, kaedah penggunaan umpan di kawasan ini lebih kepada ikan-ikan yang menjadi penghuni sesuatu tempat. Biasanya ikan-ikan seperti Kelah atau Sebarau lebih menjadi buruan pemancing. Mungkin penyediaan umpan di sini boleh dianggap lebih remeh dari ikan air masin. Ikan-ikan di sini perlu ada ‘pemanggil’ agar berada berhampiran tempat memancing. Namun sekiranya ada seseorang yang sanggup meredah lokasi itu sendirian atau berdua mereka lebih kepada suasana yang sunyi tanpa memerlukan ‘pemanggil’. ‘Pemanggil’ yang dimaksudkan ialah seperti tukun, dari buah kelapa sawit atau ubi kayu yang diikat dan dibiarkan terendam di dalam air,” Jelas Mohd Haidin Samad, 35, yang cukup berpengalaman dalam dunia pancing terutama di kawasan air tawar.

Ikan yang kebiasaannya terdapat di kawasan air tawar ialah ikan Kelah, Sebarau, Tengas, Kejor, Baung, Kalui, Kelisa dan sebagainya. Umpan yang sesuai digunakannya pula ialah, kelapa sawit, buah neram, ulat sagu, cengkerik, ubi kayu, cacing tanah, dan perut ayam.Menurut Abd Rahim, anda masih berpeluang untuk menyelamatkan ikan yang anda pancing daripada terlepas dengan cara mengawal joran mengunakan teknik yang tertentu.

“Tabiat sesetengah ikan terutama ikan yang berada di dasar laut atau sungai, untuk melepaskan diri ialah dengan cara melarikan diri di celah-celah batu karang atau pokok-pokok tumbang atau di celah akar kayu. Apa yang perlu anda lakukan, cuba halang perkara ini daripada berlaku dan ia memerlukan kemahiran tertentu. Jika ikan sempat mencari perlindungan, anda akan tertewas tapi jika anda ketatkan butang tarikan pada kekili, tali akan putus. Teknik yang sebaiknya ialah dengan cara menjatuhkan hujung batang joran selari dengan tarikan ikan tersebut. Biarkan ikan menarik tali itu dalam keadaan lurus. Selepas itu anda tarik semula tali pancing dengan mengangkat batang joran dalam keadaan selari dengan tarikan ikan itu. Perlu diingatkan, ketika anda menjatuhkan hujung joran ketika ia menerima tarikan, biasanya ikan berkenaan akan berhenti buat seketika. Jika keadaan seperti ini berlaku, masa itulah anda kawal ikan tersebut dengan melawan tarikannya pula. Dengan berbuat begini kemungkinan besar anda pasti berjaya menewaskannya,” katanya.

Tambah Abd Rahim lagi, dengan pengalaman yang beliau lalui hobi memancing ini amat baik disemaikan dalam diri setiap masyarakat. Perkara ini disebabkan kita bukan sahaja dapat mengetahui tentang dunia memancing malah dengan memancing juga dapat mengajar kita mengenai sifat kesabaran secara semulajadi. Pendedahan aktiviti memancing kepada golongan remaja juga amat penting kerana ia salah satu cara untuk menarik remaja supaya melakukan aktiviti sihat dan secara langsung dapat mengelak daripada terjebak dengan masalah sosial.  Selain itu, aktiviti memancing juga dapat membantu meningkatkan lagi produtiviti perlancongan negara.

–INDAH