Perbezaan budaya

Melarikan wanita yang disukai merupakan budaya masyarakat Lombok, Indonesia sejak 20 tahun dahulu. Walaupun tiada persetujuan daripada ibu bapa pihak perempuan, namun bagi mereka perbuatan tersebut tidak salah sekiranya mereka saling menyukai. Tujuannya adalah untuk berkahwin dan bukannya untuk memperlakukan sesuatu yang tidak baik.
 
Walau bagaimanapun, perkara ini jauh bertentangan dengan budaya masyarakat Malaysia yang amat menghormati adat dan agama masing-masing. Masyarakat Malaysia umumnya China, India dan khasnya Melayu yang beragama Islam mereka mempunyai pegangan yang berbeza. Walaupun tujuan perbuatan tersebut baik, tetapi sekiranya melanggar adat dan agama, perbuatan tersebut tetap dianggap sebagai satu kesalahan. Selain adat lain yang perlu diikuti, persetujuan atau restu daripada ibu bapa juga merupakan perkara penting dalam melaksanakan sesuatu perkara atau keputusan termasuklah hal perkahwinan anak mereka.
 
Sebagai contoh, kes yang mengemparkan negara Che Siti Nor Azreen Che Ishak, 13, gadis yang hilang selama empat bulan telah berjaya ditemui oleh beberapa petugas organisasi Migrant CARE pada 2 April, dan di bawa pulang oleh bapanya pada 18 April lalu. Gadis ini dilaporkan bernikah dengan seorang warganegara Indonesia, Tony Wijaya, 27, selepas dilarikan ke Pulau Lombok, Nusa Tenggara Barat, Disember lalu. Badan sukarela Migrant CARE juga telah mendedahkan bahawa terdapat 47 remaja dan wanita Malaysia yang masih berada di Pulau Lombok tersebut. Perkara ini sebenarnya bukan sahaja melanggar adat dan agama masyarakat Malaysia terutama orang Islam tetapi boleh juga dikategorikan sebagai kes penculikan yang boleh dikenakan tindakan undang-undang.
 
Dalam masa peningkatan usia seorang kanak-kanak ke zaman remaja, mereka terdorong untuk melakukan sesuatu yang baru. Dengan kata lain mereka mudah terpengaruh dengan perkara yang berlaku di sekeliling mereka. Kadang-kadang mereka tidak sedar perbuatan yang mereka lakukan adalah salah ataupun tidak, yang penting mereka berasa senang dan seronok. Namun demikian, terdapat juga di antara mereka yang tahu perbuatan tersebut salah, tetapi mereka tetap melakukanya. Mereka juga sering kali memberontak sekiranya apa yang mereka mahukan tidak dipenuhi.
 
Dalam hal ini semua pihak perlu memandang serius sama ada ibu bapa, pihak berkuasa,  masyarakat dan individu itu sendiri. Banyak kes yang telah dilaporkan mengenai kehilangan, penculikan, lari dari umah, rogol dan pembunuhan terutama dikalangan kanak-kanak perempuan dan juga remaja. Sebagai ibu bapa atau penjaga yang lebih rapat dan banyak meluangkan masa bersama anak-anak, mereka lebih dipertanggungjawabkan terhadap keselamatan anak mereka. Bukan bertujuan untuk menunding jari terhadap ibu bapa sebagai penyebab masalah seperti ini berlaku kerana tidak dapat menjaga anak mereka dengan baik, tetapi realitinya aktiviti atau kegiatan anak-anak masih lagi dibawah pengawasan ibu bapa mereka.
 
Rasanya tidak perlu diulas secara mendalam mengenai peranan ibu bapa terhadap keselamatan anak mereka. Perkara ini telah banyak dibincangkan bukan sahaja dalam artikel-artikel malah media massa seperti program-program televisyen, radio, internet, surat khabar dan buku-buku motivasi juga sudah banyak memberi pendedahan mengenai perkara ini. Namun demikian, amat menyedihkan apabila masalah atau jenayah yang melibatkan kanak-kanak di bawah umur dan juga remaja masih kerap berlaku.
 
Kita percaya negara ini mempunyai undang-undang dan pelbagai usaha telah dilakukan oleh pihak berkuasa dalam menjaga keselamatan rakyat termasuklah membuat sekatan disetiap pintu masuk negara, melakukan pemeriksaan terhadap warga asing dan bermacam-macam lagi. Walaupun usaha ini dijalankan tetapi masih lagi terdapat masalah yang berlaku. Dalam hal ini, masyarakat tidak boleh meletakkan sepenuhnya tanggungjawab menjaga keselamatan rakyat di bahu pihak berkuasa sahaja. Individu itu sendiri juga perlu bertanggungjawab ke atas diri mereka masing-masing. Sekiranya diri sendiri tidak dapat menjaga dan mengawal perbuatan atau kehendak yang mereka sendiri tahu perbuatan tersebut adalah salah, apatah lagi pihak berkuasa yang hanya sekadar mampu untuk menjalankan tugas dan menjatuhkan hukuman terhadap penjenayah sahaja.
 
Bagi masyarakat di Pulau Lombok pula, sukar untuk menyalahkan mereka sepenuhnya kerana perbuatan yang mereka lakukan seperti kes ini tidak bertentangan dengan budaya dan adat masyarakat mereka. Tetapi seharusnya bagi mereka untuk mengetahui dan menghormati budaya atau agama masyarakat lain. Semua pihak pasti baran dan tidak setuju dengan sesuatu tindakan atau perbuatan yang bertentangan dengan adat dan agama masing-masing.

–INDAH

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: