Memancing merupakan salah satu hobi atau aktiviti rekreasi yang dilakukan pada masa lapang. Aktiviti ini menjadi pilihan utama bagi sesetengah masyarakat tidak kira dari golongan kanak-kanak, remaja mahupun dewasa. Kebiasaannya hobi memancing ini bermula dari awal persekolahan lagi, dan sentiasa berterusan sehingga mereka meningkat dewasa malah berumahtangga.Terdapat sesetengah masyarakat menganggap memancing merupakan aktiviti yang hanya membuang masa. Ada juga yang berpendapat sekadar mengisi masa lapang, keseronokkan serta untuk mendapatkan pulangan semata-mata. Masing-masing mempunyai perspektif tersendiri mengenai hobi memancing ini mengikut apa yang mereka rasa dan lalui. Read more »
